Tuesday, December 8, 2009

Bertemu Kembali

Assalamualaikum, Alhamdulillah kerana kita masih bernafas lagi untuk meneruskan kehidupan. Selawat dan salam junjungan besar kepada Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda.

Agak lama tidak membuat apa-apa penulisan di blog ini.
Ada idea tapi masa amat mencemburui saya.
Ada cerita tetapi tidak tahu nak bermula dari mana.
Agaknya, itulah hal-hal yang dihadapi jika seseorang tak update blognya.

Hari ini, saya nak berkongsi satu mutiara kata yang saya terjumpa semasa mengemas kertas-kertas yang hendak digunakan dan hendak dibuang.

PENGALAMAN YANG DILALUI SEMALAM MENAMBAH PENGALAMAN PADA HARI INI DAN MUNGKIN DITAMBAH PADA HARI ESOK.
BERFIKIR DALAM PENGALAMAN SEMALAM MEMANDU UNTUK BERFIKIR PADA HARI INI DAN MENYEBABKAN SESEORANG TERPAKSA BERFIKIR UNTUK HARI ESOK.
BEGITULAH PERJALANAN HIDUP YANG LAZIMNYA MENINGGALKAN JEJAK DAN JALUR YANG AKHIRNYA MENJADI SEJUTA DIRAKAM DALAM PITA HIDUP SESEORANG.

Kata-kata ini saya cari, saya baca, saya kumpul, saya catat dan akhirnya saya abadikan disini.

Mohon maaf jika ada diantara mereka yang membaca kata-kata ini adalah milik dia. Mohon perkongsian bersama.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment