Tuesday, December 8, 2009

Bertemu Kembali

Assalamualaikum, Alhamdulillah kerana kita masih bernafas lagi untuk meneruskan kehidupan. Selawat dan salam junjungan besar kepada Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda.

Agak lama tidak membuat apa-apa penulisan di blog ini.
Ada idea tapi masa amat mencemburui saya.
Ada cerita tetapi tidak tahu nak bermula dari mana.
Agaknya, itulah hal-hal yang dihadapi jika seseorang tak update blognya.

Hari ini, saya nak berkongsi satu mutiara kata yang saya terjumpa semasa mengemas kertas-kertas yang hendak digunakan dan hendak dibuang.

PENGALAMAN YANG DILALUI SEMALAM MENAMBAH PENGALAMAN PADA HARI INI DAN MUNGKIN DITAMBAH PADA HARI ESOK.
BERFIKIR DALAM PENGALAMAN SEMALAM MEMANDU UNTUK BERFIKIR PADA HARI INI DAN MENYEBABKAN SESEORANG TERPAKSA BERFIKIR UNTUK HARI ESOK.
BEGITULAH PERJALANAN HIDUP YANG LAZIMNYA MENINGGALKAN JEJAK DAN JALUR YANG AKHIRNYA MENJADI SEJUTA DIRAKAM DALAM PITA HIDUP SESEORANG.

Kata-kata ini saya cari, saya baca, saya kumpul, saya catat dan akhirnya saya abadikan disini.

Mohon maaf jika ada diantara mereka yang membaca kata-kata ini adalah milik dia. Mohon perkongsian bersama.

Wassalam..

Tuesday, November 10, 2009

KASIHKU ABADI

Kamar hatiku,
Sekian lama Suram dan sepi kekosongan,
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini... Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan insan yang dikasihi Allah
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki

Aku Ingin Mencintai-Mu

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatanagar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
Betapa tak ada apa-apanya
Aku dihadapan-MU
Aku ingin mencintai-MU
sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mencintai-MU
Selamanya sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu dengan MU ya Rabbi......

Thursday, November 5, 2009

KEUTAMAAN MENGHUBUNGKAN UKHUWAH

10 keutamaan bagi sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya seperti yang diwasiatkan oleh Imam Syafie :

  • Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah, begitu juga dengan penduduk di langit.
  • Dapat menambahkan amal pahala selepas meninggal dunia kelak.
  • Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.
  • Dapat mencetuskan kegembiraan kepada kedua-dua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang yang beriman.
  • Allah akan melanjutkan usianya.
  • Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
  • Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.
  • Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
  • Disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berda di sekelilingnya.

Tuesday, November 3, 2009

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG

Salam...akhirnya blog yang diidamkan berjaya juga dihasilkan..betul ke ayat ni....... Terima kasih kepada kawan baru yang sudi membantu. Nanti belanja makan ye.... : ). Apa-apapun masih banyak perlu dipelajari dan diterokai. Kata kawan lama, x payah orang ajar...kena terokai sendiri. Betul juga tu..kalau tak terokai sendiri, x dapat la bina pengalaman dengan blog sendiri.

Monday, November 2, 2009

Welcome

Selamat datang kepada diriku yang baru berumur "baru nak bermula".. Hari-hari yang mendatang adalah yang pertama bagiku.. Sesungguhnya aku sentiasa baru..